May 13, 2012

Hutang bayaran balik PTPTN / Ujrah dimansuhkan ?

"Buat saudara-saudari yang tak reti-reti nak bayar hutang PTPTN"
"Buat saudara-saudari yang nak PTPTN dimansuhkan"

"Buat saudara-saudari yang nak kurangkan interest/bunga PTPTN"
"Cara pengiraan PTPTN Ujrah?

Kau mimpi apa? Kau nak tunggu hutang kau lenyap macam tu je?"



Nak komen sikit.
Baru-baru ini isu ini naik lagi.
Tak tahu apa nak jadi dengan sesetengah rakyat Malaysia sekarang.
Hutang sendiri pun dah tak nak bayar.
Lepas itu, nak salahkan orang lain (kerajaan lah, ptptn lah, politician lah, etc).
Biasa lah tu, diri sendiri tak pernah salah.
Asik-asik orang lain yang salah.
Inilah dia, contoh orang yang tak nak mengambil pelajaran.


Kawan, sedarlah sikit.
Dah tandatangan persetujuan terhadap terma pinjaman PTPTN
Dah pinjam pun duit PTPTN, lepas tu nak memberontak tak nak bayar?
Nak berdemonstrasi pula?


Kalau dah tak reti nak bayar / tak nak bayar, kenapa pinjam dari PTPTN?
Antara alasan-alasan fikiran yang tak berakal :

1) Dah sign, nak buat macam mana.
- Yang kau pergi sign apsal? Ada orang paksa kau sign? Kau sendiri yang nak terjebak dalam benda ini. Kau juga yang bercita-cita konon-kononnya nak jadi engineer, nak jadi doktor, nak jadi arkitek, nak jadi itu, nak jadi ini, nak rumah besar, nak gaji besar. Tak siapa nak jadi orang gaji kan? Yela, orang gaji mana ada hutang PTPTN..wahahahaha. Lain kali, jangan hanya tahu bercita-cita. Kalau dah bercita-cita, sila fikirkan macam mana nak capai cita-cita itu sepenuhnya termasuklah cara nak membiayai proses-proses untuk mencapai cita-cita itu.

2) Itu je pinjaman yang paling senang dapat masa itu.
- Memang lah dia paling senang. Dia senang "bersebab". (disokong kerajaan, default study loan utk semua pelajar, etc)

Tapi kalau kau tak suka / dah tahu dia senang 'bersebab', kenapa tak usaha pinjaman cara lain? Mak bapak ke sedara mara ke kawan kawan ke. bank ke? Persatuan kampung ke?  Opps, dah tentulah kau tak fikirkan semua tu kan. Takperlu lah nak salahkan mak bapak korang orang susah. Kalau betul lah mak bapak korang ini orang susah, pergi lah belajar rajin-rajin dan skor 4.0 every sem. Terus dapat perlepasan dari PTPTN. Tak payah kau nak tunjuk pandai nak berdemonstrasi tepi padang mansuhkan PTPTN. Kalau pandai sangat, pergi skor 4 flat tiap-tiap sem, bukan pergi berjemur berdemonstrasi tapi tak dapat apa-apa. Itu tolol namanya.


3) Tak ada kerja, nak bayar macam mana.
- Aik, nak orang suapkan kerja untuk kau juga ye? Pergi lah cari! Ooo, dah cari tapi tak ada yang sesuai ( gaji besar? office selesa? nak jadi mandur?) Eh.. baru nak sedar dunia ini tinggi atau rendah? Pengalaman pun tak ada, boleh pula nak demand. Boleh lagi kau nak memilih kerja. Cakap je lah yang kau tu memilih kerja/tak kompetitif atau dengan ringkas, MALAS. Tak payah beri alasan tak ada kerja atau susah cari kerja. Banyak je kerja kat luar tu perlukan orang. Kau je yang tanak kerja atau malas nak navigate "alam pekerjaan". Negara kita ini pun sibuk-sibuk bagi kerja kat orang-orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam sebab ada orang-orang yang macam kau ini malas dan tak nak buat kerja yang konon-kononya remeh.

4) Dah ada kerja, tapi tak nak bayar juga.
Kau memang bebal. Kau lah antara orang-orang yang tak sedar diri, yang telah ambil hak orang lain tapi tak reti nak pulangkan semua. Lepas tu, kau bising-bising seperti yang lain.

5) PTPTN ini riba (dan lain-lain2) oleh itu, tak nak bayar.
Baca nombor 2. Lagi satu, kalau rasakan PTPTN ini ada riba, kau pergi sign apasal? Orang yang memungkiri janji (tak nak bayar lepas dah berjanji nak bayar) lagi teruk sebab dah jadi munafiq. Ini tiba-tiba kau nak cerita pasal riba pulak. Kalau belum pinjam dan belum sign agreement, boleh lah nak cerita pasal riba. Ini dah sign, kau dah makan minum belajar enjoy sakan dengan duit itu, kau nak cerita pasal riba pula? Kau memang hebat. Dasar si tolol tak mengenang budi.


Kesimpulan?
Pada aku, senang je. Dah pinjam, sila bayar.
Kalau bawa mahkamah, sah-sah kau yang salah sebab kau dah sign.

Riba? Itu adalah pilihan kau. Kalau kau rasa benda itu ada unsur-unsur riba, TAK PAYAH AMBIL PINJAMAN PTPTN dari awal-awal lagi dan pergi USAHA cari duit sendiri. Dalam dunia ini, kita masih lagi boleh memilih. Tak ada siapa suruh kau me'riba' kan diri tu. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN ATAS PILIHAN KAU SENDIRI. Itu bodoh tak berakal, tak mengenang budi namanya.


Aku paling tak suka bila bangsa aku menunjukkan kebodohannya dan kependekan-akalnya yang disengajakan/tak tersengaja dinegara sendiri, tanpa segan silu. Aku juga paling tak suka bila "bukan bangsa aku" mengambil kesempatan ini untuk menjahanamkan lagi bangsa dan negara aku. Dah yang paling aku bengang, bila bangsa aku sendiri yang 'merelakan' nya, sebab nak hidup senang /'short-cut' punya pasal. Fikir-fikirkan.