"Buat saudara-saudari yang tak reti-reti nak bayar hutang PTPTN"
"Buat saudara-saudari yang nak PTPTN dimansuhkan"
"Buat saudara-saudari yang nak kurangkan interest/bunga PTPTN"
"Cara pengiraan PTPTN Ujrah?
Kau mimpi apa? Kau nak tunggu hutang kau lenyap macam tu je?"
Nak komen sikit.
Baru-baru ini isu ini naik lagi.
Tak tahu apa nak jadi dengan sesetengah rakyat Malaysia sekarang.
Hutang sendiri pun dah tak nak bayar.
Lepas itu, nak salahkan orang lain (kerajaan lah, ptptn lah, politician lah, etc).
Biasa lah tu, diri sendiri tak pernah salah.
Asik-asik orang lain yang salah.
Inilah dia, contoh orang yang tak nak mengambil pelajaran.
Kawan, sedarlah sikit.
Dah tandatangan persetujuan terhadap terma pinjaman PTPTN
Dah pinjam pun duit PTPTN, lepas tu nak memberontak tak nak bayar?
Nak berdemonstrasi pula?
Kalau dah tak reti nak bayar / tak nak bayar, kenapa pinjam dari PTPTN?
Antara alasan-alasan fikiran yang tak berakal :
1) Dah sign, nak buat macam mana.
- Yang kau pergi sign apsal? Ada orang paksa kau sign? Kau sendiri yang nak terjebak dalam benda ini. Kau juga yang bercita-cita konon-kononnya nak jadi engineer, nak jadi doktor, nak jadi arkitek, nak jadi itu, nak jadi ini, nak rumah besar, nak gaji besar. Tak siapa nak jadi orang gaji kan? Yela, orang gaji mana ada hutang PTPTN..wahahahaha. Lain kali, jangan hanya tahu bercita-cita. Kalau dah bercita-cita, sila fikirkan macam mana nak capai cita-cita itu sepenuhnya termasuklah cara nak membiayai proses-proses untuk mencapai cita-cita itu.
2) Itu je pinjaman yang paling senang dapat masa itu.
- Memang lah dia paling senang. Dia senang "bersebab". (disokong kerajaan, default study loan utk semua pelajar, etc)
Tapi kalau kau tak suka / dah tahu dia senang 'bersebab', kenapa tak usaha pinjaman cara lain? Mak bapak ke sedara mara ke kawan kawan ke. bank ke? Persatuan kampung ke? Opps, dah tentulah kau tak fikirkan semua tu kan. Takperlu lah nak salahkan mak bapak korang orang susah. Kalau betul lah mak bapak korang ini orang susah, pergi lah belajar rajin-rajin dan skor 4.0 every sem. Terus dapat perlepasan dari PTPTN. Tak payah kau nak tunjuk pandai nak berdemonstrasi tepi padang mansuhkan PTPTN. Kalau pandai sangat, pergi skor 4 flat tiap-tiap sem, bukan pergi berjemur berdemonstrasi tapi tak dapat apa-apa. Itu tolol namanya.
3) Tak ada kerja, nak bayar macam mana.
- Aik, nak orang suapkan kerja untuk kau juga ye? Pergi lah cari! Ooo, dah cari tapi tak ada yang sesuai ( gaji besar? office selesa? nak jadi mandur?) Eh.. baru nak sedar dunia ini tinggi atau rendah? Pengalaman pun tak ada, boleh pula nak demand. Boleh lagi kau nak memilih kerja. Cakap je lah yang kau tu memilih kerja/tak kompetitif atau dengan ringkas, MALAS. Tak payah beri alasan tak ada kerja atau susah cari kerja. Banyak je kerja kat luar tu perlukan orang. Kau je yang tanak kerja atau malas nak navigate "alam pekerjaan". Negara kita ini pun sibuk-sibuk bagi kerja kat orang-orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam sebab ada orang-orang yang macam kau ini malas dan tak nak buat kerja yang konon-kononya remeh.
4) Dah ada kerja, tapi tak nak bayar juga.
Kau memang bebal. Kau lah antara orang-orang yang tak sedar diri, yang telah ambil hak orang lain tapi tak reti nak pulangkan semua. Lepas tu, kau bising-bising seperti yang lain.
5) PTPTN ini riba (dan lain-lain2) oleh itu, tak nak bayar.
Baca nombor 2. Lagi satu, kalau rasakan PTPTN ini ada riba, kau pergi sign apasal? Orang yang memungkiri janji (tak nak bayar lepas dah berjanji nak bayar) lagi teruk sebab dah jadi munafiq. Ini tiba-tiba kau nak cerita pasal riba pulak. Kalau belum pinjam dan belum sign agreement, boleh lah nak cerita pasal riba. Ini dah sign, kau dah makan minum belajar enjoy sakan dengan duit itu, kau nak cerita pasal riba pula? Kau memang hebat. Dasar si tolol tak mengenang budi.
Kesimpulan?
Pada aku, senang je. Dah pinjam, sila bayar.
Kalau bawa mahkamah, sah-sah kau yang salah sebab kau dah sign.
Riba? Itu adalah pilihan kau. Kalau kau rasa benda itu ada unsur-unsur riba, TAK PAYAH AMBIL PINJAMAN PTPTN dari awal-awal lagi dan pergi USAHA cari duit sendiri. Dalam dunia ini, kita masih lagi boleh memilih. Tak ada siapa suruh kau me'riba' kan diri tu. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN ATAS PILIHAN KAU SENDIRI. Itu bodoh tak berakal, tak mengenang budi namanya.
Aku paling tak suka bila bangsa aku menunjukkan kebodohannya dan kependekan-akalnya yang disengajakan/tak tersengaja dinegara sendiri, tanpa segan silu. Aku juga paling tak suka bila "bukan bangsa aku" mengambil kesempatan ini untuk menjahanamkan lagi bangsa dan negara aku. Dah yang paling aku bengang, bila bangsa aku sendiri yang 'merelakan' nya, sebab nak hidup senang /'short-cut' punya pasal. Fikir-fikirkan.
Showing posts with label graduan. Show all posts

May 13, 2012
Hutang bayaran balik PTPTN / Ujrah dimansuhkan ?
Labels:
dimansuhkan,
graduan,
hutang,
ipta,
ipts,
mahasiswa,
mahasiswi,
pinjaman,
ptptn,
tak bekerja,
ujrah,
universiti
May 17, 2011
Kebanyakan Pensyarah IPTA / Cikgu Malaysia Tak Berkualiti dan Tak Kompetitif
Hari ini, ternampak seorang kawan kat dalam Facebook. Beliau sibuk update info personal beliau, contohnya subjek (celebrity, aktiviti, etc) yang dia minati, kerja di mana dan sebagainya.
Tak heran pun apa yang di update, cuma, saya tertarik perhatian saya bila dia update maklumat mengenai pekerjaan. Kat situ, dia tulis (dengan bangganya), dia bekerja sebagai pensyarah di sebuah IPT tempatat kat Malaysia ni. Hmmm.. apabila beliau tulis begitu, membuatkan saya berfikir sejenak. Dengan pengalaman belajar bersama beliau di universiti selama 5 tahun, perkara seperti ini menimbulkan secebis kebimbangan dalam hati saya kerana selama 5 tahun itu beserta pengalaman sama-sama mengerjakan latihan industri, saya amat mengenali karekteristik beliau dari segi pencapaian akademik serta pengetahuan teknikal. Straight to the point (dan bukan nak cakap saya ini pandai sangat), gred tak seberapa, final year project pun cedok sana sini, kerja tak dapat, masters pun cukup-cukup makan, last-last tiba-tiba jadi lecturer. Risau saya dengan 'pattern' sebegini. Itu baru satu pensyarah yang tak kompetitif, bagaimana pula dengan pensyarah-pensyarah yang lain yang mendidik anak-anak kita?
Cakap pasal menjadi pensyarah, saya teringat pula pada kawan yang seorang lagi. Dia ni sekarang dah jadi cikgu, walaupun pada asalnya belajar di universiti dalam jurusan yang sama dengan saya (yang semestinya tak melibatkan langsung bidang cikgu-cikgi ni). Beliau ini pula, suka atau tidak, asyik menangguhkan pembelajaran semasa di universiti (Dengan kata lain, suka extend semester selagi boleh). Dan saya dengar, masa latihan industri (LI), beliau ini cukup licik untuk ponteng 90% dari keseluruhan tempoh LI. Apa ilmu dia pakai, dia sahaja yang tahu. Saya dapat tahu beliau ini juga bermasalah mendapatkan tempat dipasaran kerja. Last sekali, saya dengan dia dah dapat jadi cikgu setelah mengikuti dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Teringat pula masa di universiti, memang banyak perkara / subjek yang dipelajari. Namum demikian, saya dapati tak semua pensyarah yang mengajar itu dapat mengajar dengan baik. Tak dapat mengajar dengan baik itu, pada pengertian saya , adalah seperti di bawah :
1) Pensyarah tak berpengalaman
Dari segi pengajaran, memang diakui tak semua pensyarah tahu cara mengajar. Kadang-kadang, ada yang masuk kelas hanya untuk cukupkan syarat bekerja. Tak kurang juga yang masuk kelas lalu berpolitik, walhal sepatutnya pensyarah seharusnya mengajar, bukan berpolitik pejabat, universiti atau partisan.
2) Pensyarah tak cukup ilmu dan pengalaman
Dari segi pengetahuan, terkejut apabila dengar pensyarah-pensyarah yang disanjung ini tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu teknikal yang cukup. Sekadar ilmu degree beliau yang cukup-cukup makan, sukar nak dapat kerja di pasaran lalu sambung belajar ambil Masters, lalu menjadi pensyarah kerana itu jalan yang paling mudah. Tak cukup dengan itu, ada juga pensyarah yang terlalu mengikut buku serta 'copy-paste' bulat-bulat dari Internet apabila menyampaikan pembelajaran. Seolah-olah kita boleh mempersoalkan pengetahuan beliau dalam topik yang diajar itu.
3) Pensyarah buat hal / bermasalah disiplin
Dulu, time saya belajar diuniversiti, ada pensyarah yang memang membenarkan dengan terang lagi jelas anak-anak murid ini tiru masa exam! Nak percaya ke tak nak, tapi itulah yang terjadi. :-)
4) Pensyarah yang mengambil kesempatan
Ada juga bisik-bisik yang selalu kita dengan dari pensyarah-pensyarah 'tak progresif' ini, katanya senang jadi pensyarah ini sebab banyak masa tapi gaji jalan. Buat research pun ala kadar je, janji dapat publish paper, bukan? Lagipun, tak perlu susah-susah tulis paper, RA (Research Assistants sekalian) kan ada? Apa lagi, perah sahaja RA-RA yang tak bersalah / yang tak tahu menahu ini. Kadang-kala, pensyarah ini pun pandai, awal-awal lagi sebaik sahaja nak student-student (yang rajin, high achievement) nak graduate, cepat-cepat di'cop' nya untuk dijadikan RA. Terdengar juga RA-RA ini yang juga diminta melakukan kerja-kerja yang tak berkaitan dengan penyelidikan mereka, sebagai contoh paling kerap : jadi personal assistant pensyarah-pensyarah ini :-) Tak tolong, pensyarah tak 'ikhlas' bagi markah. Adil kah ?
5) Pensyarah syok sendiri
Dalam pada itu, terdapat juga pensyarah-pensyarah ini yang syok sendiri, membuat research yang tak mempunyai impak ataupun tak ada basis. Orang kata, sekadar nak penuhkan CV aje. Ataupun dalam dunia akademik, asal dapat produce/publish 'paper' (kertas kajian penyelidikan) pun jadi lah. Paling malang, ada pensyarah yang buat research dengan memilih topik-topik yang memang pun telah dibuat oleh orang lain dan jadikan topik itu research beliau. Saya teringat satu kejadian di IPT tempatan dimana saya diminta mengajar suatu topik teknikal. Boleh pula satu pensyarah tu (yang kebetulan memasuki kelas saya) ambil kandungan-kandungan latihan tersebut dan di jadikan satu topik baru penyelidikan PhD yang konon-kononnya tak dibuat lagi di Malaysia. Hello?? Supervisor penyelidikan (selalunya Prof-Prof, Dr-Dr lah kan) di universiti ini pun tak up-to-date juga kah?
Dari penyataan diatas, apa yang saya risaukan?
1) Kualiti 'pengetahuan' yang kita perolehi
Kalau tenaga pengajar tidak berkualiti, sudah tentunya pengajaran akan terjejas walaupun ilmu yang ingin disampaikan itu ilmu terkini. Ini kerana untuk menyampaikan ilmu terkini, tenaga pengajar haruslah mempunyai kefahaman yang jitu terhadap ilmu pengetahuan asas dan lanjutan yang baik. Sekiranya ilmu asas pun goyah, bagaimana nak sampaikan ilmu kepada anak-anak bangsa? Akhirnya, pelajar-pelajar ini tidak dapat sepenuhnya ilmu yang seharusnya mereka perolehi disebabkan kualiti tenaga pengajar yang seperti ini.
Bayangkan, daripada puluhan ribu graduan yang dihasilkan oleh IPTA di Malaysia, berapa peratuskah yang betul-betul berkualiti ?
Sekiranya anda mempunyai anak dimasa hadapan, adakah anda risau sekiranya anak anda tidak mendapat kualiti pengajaran yang sepatutnya ? Bolehkah kita menjamin bahawa anak kita mampu mendapatkan kualiti pembelajaran yang baik/tinggi di masa hadapan?
2) Pembaziran sumber kewangan, masa, peluang dan sumber manusia
Kalau produk universiti (graduan) ini tidak berkualiti, bayangkan berapa banyak sumber kewangan yang telah dibazirkan (sebagai contoh, PTPTN, biasiswa dan pembiayaan pengajian yang lain). Belum lagi dikira jumlah beban hutang yang kena ditanggung sebaik sahaja lepas graduan. Bayangkan kos yang telah dibelanjakan untuk menggaji tenaga-tenaga pengajar yang tak berkualiti ini. Bayangkan masa yang telah digunakan oleh anak bangsa kita. Paling kurang pun 3-4 tahun secara purata digunakan untuk mengeluarkan produk yang tak berkualiti. gaimana pula dengan pembaziran sumber kewangan yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan dari kategori 'syok sendiri' ? Dari segi ekonomi dan 'opportunity cost', bukankan lebih baik digunakan 'man days' dan sumber-sumber kewangan yang telah sia-sia ini untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih produktif kepada diri sendiri, kepada keluarga, kepada bangsa, kepada agama?
3) Kualiti produk-produk janaan Malaysia dan graduan Malaysia
Ayat yang paling mudah adalah, garbage in, garbage out. Sekiranya kita masih mempunyai masalah tenaga pengajar yang tidak progresif dan tidak berkaliber di universiti tempatan, impak utama adalah produk hasil universiti tempatan sudah pasti juga tidak berkualiti. Apa yang dimaksudkan dengan tidak berkualiti? Antaranya, sudah tentu graduan tidak kompetitif di pasaran kerja lalu back to square one -> masalah pengangguran. Sudahlah menganggur, kerajaan pula kena mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk menjana peluang pekerjaan. Itu kalau kes pensyarah tak berkualiti. Bagaimana pula kalau cikgu sekolah rendah atau menengah yang tidak berkualiti? Bayangkan sahaja lepasan-lepasan SPM yang tidak mempunyai kualiti, jatidiri dan nilai-nilai kompetitif sekiranya cikgu-cikgi idi sekolah-sekolah ini hanyalah guru-guru yang cukup syarat. Tak percaya? Fikirkan..kenapa murid-murid sekolah terutama sekali dibandar-bandar besar sekarang memerlukan kelas tambahan/tuisyen berbayar ? Tak cukupkan atau tak berkualitikah apa yang diajarkan disekolah? Tumbuh macam cendawan kalau kita lihat bersepah-sepah pusat tuisyen ini dibandar-bandar.
4) Beban hutang yang ditanggung akibat sikap 'tidak progresif' tenaga pengajar
Seperti yang saya nyatakan diatas, graduan-graduan yang tidak mendapat pekerjaan masih lagi perlu membayar pinjaman pengajian mereka. Sudahlah pengetahuan tidak mencapai keperluan pasaran kerja, ada pula yang bodoh sombong meninggi diri kerana memilih kerja. Keluar universiti sahaja, sudah dibebani pula dengan hutang. Siapa yang susah? Graduan susah (sebab berhutang dan tak dapat kerja), Keluarga susah (sebab memikirkan anak harapan keluarga masih lagi menganggur), Universiti susah (sebab 'rating' rendah dan tak dapat menarik pelajar-pelajar tapi masih tak sedar-sedar kriteria pemilihan/pemantauan pensyarah terlalu longgar,tidak telus, dsb), Kerajaan susah (kena memikirkan cara penyelesaikan masalah pengangguran seperti dengan cara sponsor belajar 'post-graduate', kena buka peluang menjadi kursus perguruan, kena uruskan cara menangani defisit PTPTN sebab graduan tak boleh bayar balik, dan lain-lain...)
Ya memang betul.
Tak semua pensyarah/cikgu macam apa yang saya katakan diatas.
Saya tahu, tak ramai yang bagus-bagus tapi terpaksa 'go with the flow' atas dasar kena bonded dan pelbagai lagi alasan.
Tapi bolehkah anda nafikan perkara yang saya katakan diatas ini tidak wujud?

cikgu,
graduan,
hutang,
ipta,
kpli,
malaysia,
pelajar,
pensyarah,
ptptn,
tak berkualiti,
tak kompetitif
Subscribe to:
Comments (Atom)