Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

August 1, 2011

Beware, scammer!

Be careful when you want to buy used stuff online.
Remember, don't do pre-payment when buying stuff online.
Always choose Cash on Delivery and always choose to meet the seller in person 
(yep, you can go and meet the seller, and bring along your friends as well, just for safety reason) 
and insist on inspecting the item that you want to buy.




My story :
One fine day, I tried to purchase a Nikon D700 camera.
Looking for a used item, so I decided to go to Mudah.my.
Some searches was done, and a few advertised item popped out.
Saw this specific ad.
Price advertised was slightly lower than typical market price (and that what attracts you as a buyer), 
and luckily did not fall into his trap.


Scammer Details :
Name (or what he claims to be) : Richard Simeon
Email : rsimeon15@yahoo.com (there might be other alternate addresses. See 'Other Reference(s)')
Phone : 016 6152436 / 0166152436 (01661524xx)
Bank Account Details : Ambank 5 2 6 7 4 8 8 4 0 0 0 9 6 7 2 7 (52674 884000 96727) / 5267488400096727


Modus Operandi :
Potential buyer (me) contacts him through the advertisement posted in an online website (in my case, Mudah.my)
He then replies (thru email) and claims to be coming from some part of Malaysia (in my case, Johor) 
and will tell you that he has been assigned to some remote parts in Malaysia
 (in my case, Sarawak, East Malaysia) for job purposes.
He will arrogantly ask whether you are a serious buyer (LOL) trying to show that he is serious as well.
When asked for a meeting (or cash on delivery / COD), he refuses with some funny reason 
(in my case, he is in remote location).
Asked for a meeting, he give funny reason his wife is pregnant, wanted to use money quickly, 
cannot reserve the item, wanted to use money for Raya, LOL..)


Then, I asked how do we move forward.
He asks for initial deposit to be made before he can send the stuff through 'registered' Pos Laju with insurance.
He also will send the warranty card after you bank-in/deposit the balance. (since he claims it is still new in box)


You think I'm going to trust you blindly by simply depositing the money? 
Better luck next time, scammer.




p.s I'm lucky as I'm quite literate on this scamming thingy. 
Sad to here there's a lot of cases happening to people out there.




Misc:
1) Automatically did some Google search on his details. Founded links sharing the same story (See 'Other Reference')
2) Tried to trace his location (by IP address) but unfortunately it returns a US based location.
I believe he masked his existence by using a anonymous proxy when accessing his web mail, I supposed.
I think, since his online presence is almost untraceable (or it is just to many variables that need to be looked into),
the only way to identify and catch this guy is to collaborate with the police, the seller's bank, telco, SKMM, ISP, etc,
 if the scammer/seller is operating locally.




What to do if you are a victim of scam:
I think, personally, given the environment in the country, there's nothing much you can do actually 
(since these scammers really know how to hide their identity by maximizing on systems loophole or inefficiency), 
except that you can help to prevent potential cases in the future, by doing :


0) Accept the fact that you have been conned. 
Learn from the lesson (and please scold yourselves because you did not choose to hear/care about your 
friends/family/spouse/etc advice if you received one before being conned. 
Even most online banks and websites tell you not to do online transfer to person you do not know). 
Don't start to blame other people of your mistake.


1) Do not delete or throw away the bank-in / deposit receipt and all communication done (email, sms, etc) 
between you and the seller. This is for proof purposes.


2) Do a police report quickly. CC to necessary Gov agency, e.g SKMM / MCMC, KPDN, etc. to obtain 
necessary support. I heard that there's a cyber crime unit 
in Bukit Aman IPD, but cannot confirm on that.


3) Contact the seller's bank (Fraud dept, I think?) and do a report. Bring all your proofs and police report.
4) Write a blog (so people can refer and relate or do checking) or share your experience through your 
social network (Facebook, etc)


If you need some action taken to the seller, the police, bank, telco, ISP and relevent gov agencies must work 
and communicate among themselves.
But getting them to talk among themselves is going to take too much effort and time, unless there's a lot 
of report being made.


Unless you really can create 'some special' attention or drive the collaboration
( or you're the prime minister who got conned by a online seller, eh?), your money is good as gone.


Share this article thru Facebook if you think it can help other people out there!




Other Reference(s) :
http://forum.mamakonline.com/index.php?showtopic=38540
http://photosniper-yokoi.blogspot.com/2011/08/0166152436-beware-of-this-acammer.html

May 17, 2011

Kebanyakan Pensyarah IPTA / Cikgu Malaysia Tak Berkualiti dan Tak Kompetitif

Hari ini, ternampak seorang kawan kat dalam Facebook. Beliau sibuk update info personal beliau, contohnya subjek (celebrity, aktiviti, etc) yang dia minati, kerja di mana dan sebagainya.

Tak heran pun apa yang di update, cuma, saya tertarik perhatian saya bila dia update maklumat mengenai pekerjaan. Kat situ, dia tulis (dengan bangganya), dia bekerja sebagai pensyarah di sebuah IPT tempatat kat Malaysia ni. Hmmm.. apabila beliau tulis begitu, membuatkan saya berfikir sejenak. Dengan pengalaman belajar bersama beliau di universiti selama 5 tahun, perkara seperti ini menimbulkan secebis kebimbangan dalam hati saya kerana selama 5 tahun itu beserta pengalaman sama-sama mengerjakan latihan industri, saya amat mengenali karekteristik beliau dari segi pencapaian akademik serta pengetahuan teknikal. Straight to the point (dan bukan nak cakap saya ini pandai sangat), gred tak seberapa, final year project pun cedok sana sini, kerja tak dapat, masters pun cukup-cukup makan, last-last tiba-tiba jadi lecturer. Risau saya dengan 'pattern' sebegini. Itu baru satu pensyarah yang tak kompetitif, bagaimana pula dengan pensyarah-pensyarah yang lain yang mendidik anak-anak kita?

Cakap pasal menjadi pensyarah, saya teringat pula pada kawan yang seorang lagi. Dia ni sekarang dah jadi cikgu, walaupun pada asalnya belajar di universiti dalam jurusan yang sama dengan saya (yang semestinya tak melibatkan langsung bidang cikgu-cikgi ni). Beliau ini pula, suka atau tidak, asyik menangguhkan pembelajaran semasa di universiti (Dengan kata lain, suka extend semester selagi boleh). Dan saya dengar, masa latihan industri (LI), beliau ini cukup licik untuk ponteng 90% dari keseluruhan tempoh LI. Apa ilmu dia pakai, dia sahaja yang tahu. Saya dapat tahu beliau ini juga bermasalah mendapatkan tempat dipasaran kerja. Last sekali, saya dengan dia dah dapat jadi cikgu setelah mengikuti dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Teringat pula masa di universiti, memang banyak perkara / subjek yang dipelajari. Namum demikian, saya dapati tak semua pensyarah yang mengajar itu dapat mengajar dengan baik. Tak dapat mengajar dengan baik itu, pada pengertian saya , adalah seperti di bawah :

1) Pensyarah tak berpengalaman
Dari segi pengajaran, memang diakui tak semua pensyarah tahu cara mengajar. Kadang-kadang, ada yang masuk kelas hanya untuk cukupkan syarat bekerja. Tak kurang juga yang masuk kelas lalu berpolitik, walhal sepatutnya pensyarah seharusnya mengajar, bukan berpolitik pejabat, universiti atau partisan.

2) Pensyarah tak cukup ilmu dan pengalaman
Dari segi pengetahuan, terkejut apabila dengar pensyarah-pensyarah yang disanjung ini tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu teknikal yang cukup. Sekadar ilmu degree beliau yang cukup-cukup makan, sukar nak dapat kerja di pasaran lalu sambung belajar ambil Masters, lalu menjadi pensyarah kerana itu jalan yang paling mudah. Tak cukup dengan itu, ada juga pensyarah yang terlalu mengikut buku serta 'copy-paste' bulat-bulat dari Internet apabila menyampaikan pembelajaran. Seolah-olah kita boleh mempersoalkan pengetahuan beliau dalam topik yang diajar itu.

3) Pensyarah buat hal / bermasalah disiplin
Dulu, time saya belajar diuniversiti, ada pensyarah yang memang membenarkan dengan terang lagi jelas anak-anak murid ini tiru masa exam! Nak percaya ke tak nak, tapi itulah yang terjadi. :-)

4) Pensyarah yang mengambil kesempatan
Ada juga bisik-bisik yang selalu kita dengan dari pensyarah-pensyarah 'tak progresif' ini, katanya senang jadi pensyarah ini sebab banyak masa tapi gaji jalan. Buat research pun ala kadar je, janji dapat publish paper, bukan? Lagipun, tak perlu susah-susah tulis paper, RA (Research Assistants sekalian) kan ada? Apa lagi, perah sahaja RA-RA yang tak bersalah / yang tak tahu menahu ini. Kadang-kala, pensyarah ini pun pandai, awal-awal lagi sebaik sahaja nak student-student (yang rajin, high achievement) nak graduate, cepat-cepat di'cop' nya untuk dijadikan RA. Terdengar juga RA-RA ini yang juga diminta melakukan kerja-kerja yang tak berkaitan dengan penyelidikan mereka, sebagai contoh paling kerap : jadi personal assistant pensyarah-pensyarah ini :-) Tak tolong, pensyarah tak 'ikhlas' bagi markah. Adil kah ?

5) Pensyarah syok sendiri
Dalam pada itu, terdapat juga pensyarah-pensyarah ini yang syok sendiri, membuat research yang tak mempunyai impak ataupun tak ada basis. Orang kata, sekadar nak penuhkan CV aje. Ataupun dalam dunia akademik, asal dapat produce/publish 'paper' (kertas kajian penyelidikan) pun jadi lah. Paling malang, ada pensyarah yang buat research dengan memilih topik-topik yang memang pun telah dibuat oleh orang lain dan jadikan topik itu research beliau. Saya teringat satu kejadian di IPT tempatan dimana saya diminta mengajar suatu topik teknikal. Boleh pula satu pensyarah tu (yang kebetulan memasuki kelas saya) ambil kandungan-kandungan latihan tersebut dan di jadikan satu topik baru penyelidikan PhD yang konon-kononnya tak dibuat lagi di Malaysia. Hello?? Supervisor penyelidikan (selalunya Prof-Prof, Dr-Dr lah kan) di universiti ini pun tak up-to-date juga kah?

Dari penyataan diatas, apa yang saya risaukan?

1) Kualiti 'pengetahuan' yang kita perolehi
Kalau tenaga pengajar tidak berkualiti, sudah tentunya pengajaran akan terjejas walaupun ilmu yang ingin disampaikan itu ilmu terkini. Ini kerana untuk menyampaikan ilmu terkini, tenaga pengajar haruslah mempunyai kefahaman yang jitu terhadap ilmu pengetahuan asas dan lanjutan yang baik. Sekiranya ilmu asas pun goyah, bagaimana nak sampaikan ilmu kepada anak-anak bangsa? Akhirnya, pelajar-pelajar ini tidak dapat sepenuhnya ilmu yang seharusnya mereka perolehi disebabkan kualiti tenaga pengajar yang seperti ini.

Bayangkan, daripada puluhan ribu graduan yang dihasilkan oleh IPTA di Malaysia, berapa peratuskah yang betul-betul berkualiti ?

Sekiranya anda mempunyai anak dimasa hadapan, adakah anda risau sekiranya anak anda tidak mendapat kualiti pengajaran yang sepatutnya ? Bolehkah kita menjamin bahawa anak kita mampu mendapatkan kualiti pembelajaran yang baik/tinggi di masa hadapan?


2) Pembaziran sumber kewangan, masa, peluang dan sumber manusia
Kalau produk universiti (graduan) ini tidak berkualiti, bayangkan berapa banyak sumber kewangan yang telah dibazirkan (sebagai contoh, PTPTN, biasiswa dan pembiayaan pengajian yang lain). Belum lagi dikira jumlah beban hutang yang kena ditanggung sebaik sahaja lepas graduan. Bayangkan kos yang telah dibelanjakan untuk menggaji tenaga-tenaga pengajar yang tak berkualiti ini. Bayangkan masa yang telah digunakan oleh anak bangsa kita. Paling kurang pun 3-4 tahun secara purata digunakan untuk mengeluarkan produk yang tak berkualiti. gaimana pula dengan pembaziran sumber kewangan yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan dari kategori 'syok sendiri' ? Dari segi ekonomi dan 'opportunity cost', bukankan lebih baik digunakan 'man days' dan sumber-sumber kewangan yang telah sia-sia ini untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih produktif kepada diri sendiri, kepada keluarga, kepada bangsa, kepada agama?


3) Kualiti produk-produk janaan Malaysia dan graduan Malaysia
Ayat yang paling mudah adalah, garbage in, garbage out. Sekiranya kita masih mempunyai masalah tenaga pengajar yang tidak progresif  dan tidak berkaliber di universiti tempatan, impak utama adalah produk hasil universiti tempatan sudah pasti juga tidak berkualiti. Apa yang dimaksudkan dengan tidak berkualiti? Antaranya, sudah tentu graduan tidak kompetitif di pasaran kerja lalu back to square one -> masalah pengangguran. Sudahlah menganggur, kerajaan pula kena mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk menjana peluang pekerjaan. Itu kalau kes pensyarah tak berkualiti. Bagaimana pula kalau cikgu sekolah rendah atau menengah yang tidak berkualiti? Bayangkan sahaja lepasan-lepasan SPM yang tidak mempunyai kualiti, jatidiri dan nilai-nilai kompetitif sekiranya cikgu-cikgi idi sekolah-sekolah ini hanyalah guru-guru yang cukup syarat. Tak percaya? Fikirkan..kenapa murid-murid sekolah terutama sekali dibandar-bandar besar sekarang memerlukan kelas tambahan/tuisyen berbayar ? Tak cukupkan atau tak berkualitikah apa yang diajarkan disekolah? Tumbuh macam cendawan kalau kita lihat bersepah-sepah pusat tuisyen ini dibandar-bandar.


4) Beban hutang yang ditanggung akibat sikap 'tidak progresif' tenaga pengajar
Seperti yang saya nyatakan diatas, graduan-graduan yang tidak mendapat pekerjaan masih lagi perlu membayar pinjaman pengajian mereka. Sudahlah pengetahuan tidak mencapai keperluan pasaran kerja, ada pula yang bodoh sombong meninggi diri kerana memilih kerja. Keluar universiti sahaja, sudah dibebani pula dengan hutang. Siapa yang susah? Graduan susah (sebab berhutang dan tak dapat kerja), Keluarga susah (sebab memikirkan anak harapan keluarga masih lagi menganggur), Universiti susah (sebab 'rating' rendah dan tak dapat menarik pelajar-pelajar tapi masih tak sedar-sedar kriteria pemilihan/pemantauan pensyarah terlalu longgar,tidak telus, dsb), Kerajaan susah (kena memikirkan cara penyelesaikan masalah pengangguran seperti dengan cara sponsor belajar 'post-graduate', kena buka peluang menjadi kursus perguruan, kena uruskan cara menangani defisit PTPTN sebab graduan tak boleh bayar balik, dan lain-lain...)


Ya memang betul.
Tak semua pensyarah/cikgu macam apa yang saya katakan diatas.
Saya tahu, tak ramai yang bagus-bagus tapi terpaksa 'go with the flow' atas dasar kena bonded dan pelbagai lagi alasan.


Tapi bolehkah anda nafikan perkara yang saya katakan diatas ini tidak wujud?